Sabtu, 18 Mei 2024 | 8:26pm
Pemain Manchester City, Phil Foden dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini. - REUTERS
Pemain Manchester City, Phil Foden dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini. - REUTERS

Foden Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris

LONDON: Pemain Manchester City, Phil Foden dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengumuman hari ini bermakna pemain tengah England berusia 23 tahun itu melengkapkan gelaran berganda selepas dipilih selaku Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Penulis Sukan England awal bulan ini.

Foden menjaringkan 17 gol dalam EPL setakat ini menjelang aksi terakhir City dalam liga esok.

"Menang anugerah ini ialah satu pencapaian yang amat saya banggakan," kata Foden.

"Liga Perdana dikenali sebagai liga terhebat dunia dan adalah satu penghormatan dicalonkan bersama ramai lagi pemain hebat yang melalui musim istimewa bersama kelab."

City akan mencipta rekod empat gelaran berturut-turut jika mereka menang menentang West Ham malam esok.

"Secara keseluruhan saya sangat gembira dengan cara saya bermain musim ini dan saya sangat puas hati dapat membantu menerusi gol dan bantuan gol sepanjang musim," tambah Foden. - AFP

Berita Harian X