Sabtu, 18 Mei 2024 | 8:39am
Seorang pengunjung melihat napkin yang digunakan Barcelona untuk berjanji mengikat Lionel Messi di agensi lelongan Bonhams di New York, AS. – Foto REUTERS
Seorang pengunjung melihat napkin yang digunakan Barcelona untuk berjanji mengikat Lionel Messi di agensi lelongan Bonhams di New York, AS. – Foto REUTERS

Napkin untuk tandatangani Messi dijual dengan harga RM4.5 juta

NEW YORK: Napkin yang mana Barcelona berjanji untuk menandatangani Lionel Messi ketika berusia 13 tahun dijual dengan harga £762,400 (RM4.5 juta), kata agensi lelongan Bonhams semalam.

Napkin itu ditandatangani pada Disember 2000 oleh bekas pengarah sukan Barca, Carles Rexach dan penasihat perpindahan Josep Minguella bersama ejen dari Argentina, Horacio Gaggioli semasa makan tengah hari di sebuah kelab tenis.

Messi muncul salah seorang pemain terhebat Barcelona, ​​memenangi lebih 30 trofi dan meninggalkan kelab Catalunya itu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 672 gol.

Dia turut memenangi rekod lapan anugerah Ballon d'Or sebagai pemain terbaik dunia dan mengetuai Argentina merangkul mahkota Piala Dunia pada 2022.

Messi kini beraksi dengan kelab Amerika Syarikat, Inter Miami dalam Major League Soccer.

"Ya, ia adalah napkin kertas, tetapi ia adalah napkin terkenal pada permulaan karier Lionel Messi," kata Ian Ehling, seorang pegawai di Bonhams New York, dalam satu kenyataan.

"Ia mengubah kehidupan Messi, masa depan FC Barcelona ​​dan memainkan peranan penting dalam memberikan beberapa detik paling gemilang dalam bola sepak kepada berbilion peminat di seluruh dunia." – REUTERS

Berita Harian X