Khamis, 16 Mei 2024 | 6:19am
Penyerang Manchester United, Amad Diallo (tengah) meraikan gol keduanya bersama rakan sepasukan ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

United hidup peluang ke pertandingan Eropah

MANCHESTER, England: Manchester United mencerahkan peluang menyelamatkan musim hambar dengan layak ke Eropah apabila gol roket Amad Diallo mencetus kemenangan 3-2 ke atas Newcastle awal pagi tadi.

Anak buah Erik ten Hag bertarung untuk memastikan penamat tangga ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris, yang mungkin memastikan tempat ke pertandingan Liga Konferens UEFA musim depan.

United akan layak ke Liga Europa jika mereka memenangi final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.

Namun jika City menang di Wembley maka penamat ketujuh cukup buat mereka layak ke Liga Konferens.

Pasukan tangga kelapan United masih dalam buruan tempat itu selepas menundukkan Newcastle untuk menyamakan mata dengan pasukan tangga ketujuh The Magpies.

Pemain tengah Manchester United, Kobbie Mainoo meledak masuk gol pertama menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP
Pemain tengah Manchester United, Kobbie Mainoo meledak masuk gol pertama menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP

Gol menerusi Kobbie Mainoo, Diallo dan Rasmus Hojlund di Old Trafford membantu United mencatat kemenangan ketiga dalam sembilan perlawanan liga.

Namun perbezaan jaringan United berbanding Newcastle amat teruk, bermakna mereka mesti melakar keputusan lebih baik berbanding The Magpies pada perlawanan terakhir musim ini.

United berkunjung ke Brighton Ahad ini, manakala Newcastle menuju ke Brentford.

Kekalahan Newcastle bermakna pasukan tangga kelima Tottenham terjamin beraksi dalam Liga Europa musim depan. – AFP

Berita Harian X