Selasa, 14 Mei 2024 | 7:39pm
Kempen solidariti kepada Faisal Halim dipaparkan menerusi papan media elektronik di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam. - NSTP/Shahrul M Zain
Kempen solidariti kepada Faisal Halim dipaparkan menerusi papan media elektronik di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam. - NSTP/Shahrul M Zain

Poster Faisal hiasi Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR: Solidariti kepada pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid terus menjadi 'skala besar' menerusi poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipaparkan menerusi papan media elektronik.

Pemandu dan penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur sudah pasti tidak ketinggalan menyaksikan papan media elektronik memaparkan poster kempen terbabit.

Berdasarkan poster itu dipasang di laluan utama, secara tidak langsung mesej itu diterima secara besar-besaran selain mereka tidak melepaskan peluang mendoakan kesejahteraan Faisal yang mengalami lecur tahap empat.

Sebagai rekod, kempen itu dilancarkan SFC untuk menghantar bahawa tiada keganasan sepatutnya berlaku dalam bola sepak.

Malah, solidariti itu turut menyeru penyokong bola sepak tempatan supaya dapat mendoakan kesejahteraan Faisal yang ketika ini sudah mengharungi tiga pembedahan bagi merawat kecederaan dialaminya.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut bersama-sama Faisal dan mengharapkan pemain itu dapat pulih seperti sediakala.

Poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipasang di Lebuhraya Persekutuan. - NSTP/Osman Adnan
Poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipasang di Lebuhraya Persekutuan. - NSTP/Osman Adnan

'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipaparkan menerusi papan media elektronik di New Pantai Expressway (NPE). - NSTP/Osman Adnan
'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipaparkan menerusi papan media elektronik di New Pantai Expressway (NPE). - NSTP/Osman Adnan

"Sama-sama kita semua terus mendoakan agar pemain Harimau Malaya, Faisal Halim diberikan kesejahteraan dan kesembuhan untuk beliau pulih seperti sediakala.

"Wira kita, Faisal Halim!," kata FAM.

Berita Harian X