Jumaat, 10 Mei 2024 | 6:10pm
Pan Gon memuatnaik kenyataan di laman Instagram miliknya. - Foto ihsan IG Kim Pan Gon
Pan Gon memuatnaik kenyataan di laman Instagram miliknya. - Foto ihsan IG Kim Pan Gon

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya beri sokongan buat Faisal

KUALA LUMOUR: Barisan kejurulatihan skuad kebangsaan turut tidak ketinggalan menyatakan sokongan kepada pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang ketika ini sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kecederaan lecur tahap empat akibat disimbah asid, Ahad lalu.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menerusi laman Instagramnya, menyatakan sokongan kepada Faisal yang menjadi antara tonggak penting buat negara dalam aksi antarabangsa sebelum ini.

"Kami semua berada bersama anda, Faisal!," kata pengendali dari Korea Selatan itu.

Sebagai rekod, pasukan yang diwakili Faisal iaitu Selangor FC (SFC) melancarkan kempen solidariti 'Stop the Violence' yang menegaskan tiada keganasan sepatutnya berlaku dalam bola sepak.

Malah, solidariti itu turut menyeru penyokong bola sepak tempatan supaya dapat mendoakan kesejahteraan Faisal yang ketika ini sudahpun mengharungi tiga pembedahan bagi merawat kecederaan dialaminya.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut bersama-sama Faisal dan mengharapkan pemain itu dapat pulih seperti sediakala.

"Sama-sama kita semua terus mendoakan agar pemain Harimau Malaya, Faisal Halim diberikan kesejahteraan dan kesembuhan untuk beliau pulih seperti sediakala.

"Wira kita, Faisal Halim!," kata FAM.

Berita Harian X