Khamis, 9 Mei 2024 | 7:54pm
Pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza (kiri) beraksi pada perlawanan persahabatan futsal antarabangsa empat penjuru. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
Pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza (kiri) beraksi pada perlawanan persahabatan futsal antarabangsa empat penjuru. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

Pahang Rangers mahu pertahan gelaran MPFL

KUANTAN: Jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas berpuas hati dengan prestasi cemerlang dipamerkan barisan pemainnya sepanjang perlawanan persahabatan futsal antarabangsa empat penjuru minggu lalu.

Pada saingan berkenaan skuad Pantai Timur itu mencatat dua kemenangan, menewaskan Thai Son Bac dari Vietnam 1-0 dan Sabah FA (8-2), serta seri 2-2 dengan Bintang Timur Surabaya.

Juara Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) musim lalu itu menghasilkan 11 jaringan dan dibolosi empat kalis.

Penyerang import kelahiran Brazil, Felipe de Souza melakukan hatrik pada pertemuan dengan Sabah FA.

Casas berkata, selepas tidak beraksi lebih dua bulan di pentas MPFL, pemain-pemain masih lagi memberikan persembahan terbaik dan kecergasan berada pada tahap memuaskan.

"Buktinya sepanjang perlawanan persahabatan futsal antarabangsa empat penjuru lalu, pemain-pemain mampu mencatat keputusan yang diharapkan pada tiga perlawanan yang dilalui.

"Saya berharap persembahan yang dipamerkan pemain pada perlawanan persahabatan minggu lalu dapat terus dikekalkan pada saingan MPFL yang dijangkakan bermula minggu depan.

"Saya berharap prestasi pemain terus berada di kemuncak dan bebas daripada sebarang kecederaan.

"Persembahan pemain tempatan dan import kini dilihat seimbang. Mereka memiliki kelebihan masing-masing," kata Casas.

Berita Harian X