Rabu, 8 Mei 2024 | 11:50am
Tengku Amir Shah tiba di pekarangan hospital bagi melawat Faisal. - Foto Syafiq Aznan
Tengku Amir Shah tiba di pekarangan hospital bagi melawat Faisal. - Foto Syafiq Aznan

Tengku Amir Shah lawat Faisal

SHAH ALAM: Pengerusi Selangor FC (SFC), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal Halim yang sedang menerima rawatan akibat disimbah asid, di sebuah hospital di sini, sebentar tadi.

Tengku Amir tiba di hospital terbabit sekitar jam 11.17 pagi untuk melihat sendiri keadaan Faisal yang ketika ini sedang dirawat susulan disimbah asid, Ahad lalu.

Antara yang mengiringi Tengku Amir Shah adalah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Laporan terkini menyebut Faisal yang lebih mesra disapa 'Mickey' semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di sini, petang semalam.

Perkara itu disahkan Shahril bahawa pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid.

Berita Harian X