Rabu, 8 Mei 2024 | 10:10am
SFCPemain kebangsaan Faisal Halim kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.
SFCPemain kebangsaan Faisal Halim kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Faisal semakin stabil - SFC

KUALA LUMPUR: Pemain kebangsaan Faisal Halim kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Shahril berkata, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid baru-baru ini.

"Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini," kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC terpaksa mengharungi beberapa siri pembedahan bagi merawat lecur tahap empat.

Doktor mengesahkan Faisal cedera di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada asid berkenaan.

Pemain kebangsaan itu menjadi mangsa individu tidak dikenali yang menyimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Berita Harian X