Isnin, 6 Mei 2024 | 8:55pm
Faisal cedera dibeberapa bahagian badan termasuk mukannya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.
Faisal cedera dibeberapa bahagian badan termasuk mukannya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal melecur tahap empat

KUALA LUMPUR: Kecederaan dialami tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim bukanlah biasa-biasa apabila disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya berikutan disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali.

Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar sambil meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan pemain terbaik supaya segera pulih.

"Faisal kini masih lagi menjalani rawatan dan dia mengalami kecederaan melecur tahap empat," katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan kepada portal kesihatan, tahap empat membabitkan lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga membabitkan otot dan tulang.

Saraf terbabit akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.

Terdahulu, media melaporkan tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal menjadi mangsa terbaharu.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara semalam.

Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera dibeberapa bahagian badan termasuk mukannya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam namun, keadaannya tidak begitu baik.

Berita Harian X