Jumaat, 3 Mei 2024 | 10:14pm
Pemain Manchester City, Phil Foden dinobatkan Pemain Terbaik oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Phil Foden dinobatkan Pemain Terbaik oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Khadija Shaw dinobatkan Pemain Terbaik Wanita oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Khadija Shaw dinobatkan Pemain Terbaik Wanita oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris. - Foto REUTERS

Foden Pemain Terbaik FWA

LONDON: Pemain Manchester City, Phil Foden dinobatkan Pemain Terbaik oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris, dengan Khadija Shaw, yang juga dari kelab itu, memenangi kategori wanita.

Pemain tengah England itu menyertai nama-nama besar seperti Stanley Matthews, Bobby Charlton, George Best dan Kenny Dalglish.

Foden adalah pemain ketiga City sepanjang tempoh empat tahun lalu memenangi anugerah tertua bola sepak individu, selepas Ruben Dias pada tahun 2021 dan Erling Haaland tahun lalu.

Foden, 23, menerima 42 peratus undian, mengatasi pemain Arsenal, Declan Rice dan rakan sepasukan City, Rodri, yang menduduki tempat ketiga anugerah FWA itu.

Foden meledak 24 gol musim ini dengan City kendalian Pep Guardiola masih berpeluang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

"Dinobatkan sebagai pemain terbaik Persatuan Penulis Bolasepak adalah satu penghormatan tertinggi.

"Saya sangat gembira menerima anugerah ini tetapi saya pasti tidak mampu untuk melakukannya tanpa bantuan rakan sepasukan," kata Foden.

Khadija "Bunny" Shaw, yang meledak 21 gol dalam Liga Super Wanita, menewaskan Lauren James dari Chelsea.

Pemain kelahiran Jamaica itu akan terlepas dua aksi terakhir City dalam saingan Liga Super Wanita musim ini kerana kecederaan, tetapi hampir pasti muncul sebagai penjaring terbanyak. - AFP

Berita Harian X