Ahad, 28 April 2024 | 11:34pm
Aksi penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin ketika pertemuan dengan TFC. - Foto ihsan Sri Pahang FC
Aksi penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin ketika pertemuan dengan TFC. - Foto ihsan Sri Pahang FC

TFC kecewakan Sri Pahang

KUANTAN: Terengganu FC (TFC) mencatat kemenangan 1-0 selepas menewaskan Sri Pahang pada aksi pramusim menjelang musim baharu Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Jaringan tunggal pelawat disempurnakan penyerang import, Nurillo Tukhtasinov menerusi sepakan penanti pada minit ke-86.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu memulakan aksi bertenaga, terutama melakukan beberapa percubaan ke kubu pertahanan lawan masing-masing.

Peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi percubaan Kpah Sherman tetapi bola sepakan penyerang import dari Liberia itu ditepis penjaga gol TFC, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin pada minit ke-16.

Minit ke-33, lawan hampir menjaringkan gol pendahuluan hasil daripada sentuhan Akhyar Abdul Rashid tetapi ditepis penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin.

Safawi Rasid yang juga kapten TFC turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-41, namun Zarif Irfan bertindak cemerlang menyelamatkan bola daripada dibolosi.

Bersambung babak kedua, penyerang TFC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim hampir menjaringkan gol apabila bola terkena palang biarpun Zarif Irfan sudah tertewas pada minit ke-75.

Gol yang dicari-cari TFC akhirnya hadir pada minit ke-86 selepas Tukhtasinov mudah menyempurnakan sepakan penalti.

Pada 24 April lalu, skuad kendalian Fandi Ahmad itu mencatat kemenangan 1-0 atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada perlawanan pramusim itu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,

Berita Harian X