Sabtu, 27 April 2024 | 8:28am
Pertembungan antara kapten Spurs, Son Heung Min (kiri) dan Bukayo Saka dari Arsenal menjadi tumpuan utama aksi Liga Perdana Inggeris malam esok. – Foto AFP
Pertembungan antara kapten Spurs, Son Heung Min (kiri) dan Bukayo Saka dari Arsenal menjadi tumpuan utama aksi Liga Perdana Inggeris malam esok. – Foto AFP

Amaran Postecoglou buat Arsenal

LONDON: Ange Postecoglou menegaskan Tottenham akan kekal dengan falsafah menyerangnya bagi pertembungan genting seteru tetangga utara London malam esok menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Pasukan kendalian Postecoglou tidak mampu tewas di tangan musuh tradisi mereka di Stadium Tottenham Hotspur ketika mereka cuba kekal bersaing untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Pasukan tangga kelima Tottenham enam mata di belakang pasukan tangga keempat Aston villa, yang boleh melebarkan kelebihan itu kepada sembilan mata jika mereka mengalahkan kelab bermasalah Chelsea awal pagi esok.

Tottenham beraksi kurang tiga perlawanan berbanding Villa sebelum sepak mula menentang Arsenal, tetapi Postecoglou menegaskan hanya kemenangan akan membantu dalam merebut empat tangga teratas.

Semua itu dalam fikirannya, pengendali dari Australia itu tidak berhasrat menurunkan pasukan bagi pertembungan seteru tetangga dengan corak bertahan, sekalipun Arsenal memperagakan kekuatan serangan mereka ketika membelasah Chelsea 5-0 Selasa lalu.

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou (kanan) tidak mahu mengubah pendekatan menyerangnya menentang Arsenal kendalian Mikel Arteta di Stadium Tottenham Hotspur malam esok. – Foto AFP
Pengurus Spurs, Ange Postecoglou (kanan) tidak mahu mengubah pendekatan menyerangnya menentang Arsenal kendalian Mikel Arteta di Stadium Tottenham Hotspur malam esok. – Foto AFP

"Hanya mahu memastikan anda menerima cabaran dan cuba menanganinya dengan cara bagaimana kami mampu berada di posisi ini," kata Postecoglou kepada wartawan lewat malam tadi.

"Daripada perspektif kami, kami mempunyai beberapa persembahan tidak konsisten dan cabaran tahun ini, tetapi apabila kami bermain bagus, kami beraksi dengan satu cara tertentu dan melakukannya dengan satu cara tertentu.

"Tiada gunanya sekarang apabila anda berada dalam tempoh paling penting untuk malu-malu menyerang atau mengubah pendekatan anda.

"Anda perlu menggandakannya dan fokus bermain cara bola sepak kami. Ia satu ukuran yang hebat buat kami kerana kalau tidak anda tidak akan tahu di mana kesilapan anda atau sama ada anda boleh berjaya melakukannya dengan cara kami."

Arsenal mendahului satu mata di depan pasukan tangga kedua Manchester City, yang beraksi kurang satu perlawanan berbanding anak buah Mikel Arteta. – AFP

Berita Harian X