Khamis, 25 April 2024 | 5:09pm
Barisan pemain Sri Pahang FC. FOTO / Sri Pahang FC
Barisan pemain Sri Pahang FC. FOTO / Sri Pahang FC

Sri Pahang FC perkenal jersi dan pemain esok

KUANTAN: Sri Pahang FC (SPFC) akan mengadakan Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Sri Pahang FC musim 2024/25 di sebuah hotel di sini, esok.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata peminat Tok Gajah diharap menantikan jersi baharu skuad itu.

"Esok, SPFC bukan sahaja memperkenalkan pemain tempatan dan import yang menyarung jersi skuad Tok Gajah ada musim baharu ini, malah jersi baharu turut diperkenalkan.

"Kita harap musim baharu ini Sri Pahang yang dikendalikan Fandi Ahmad dapat beroleh kejayaan," katanya.

Pada musim baharu ini, SPFC mempertaruhkan enam import iaitu Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina) dan Kuvondik Ruziev (Uzbekistan) yang beraksi musim lalu.

Manakala, tiga import baharu yang dibawa masuk ialah Mykola Ahapov dari Ukraine, Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia).

Enam pemain baharu tempatan ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.

Berita Harian X