Rabu, 24 April 2024 | 11:35pm
Pemain Sri Pahang, Manuel Hidalgo (kanan) dilayangkan kad merah pada aksi persahabatan pramusim menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini. – Foto Sri Pahang FC
Pemain Sri Pahang, Manuel Hidalgo (kanan) dilayangkan kad merah pada aksi persahabatan pramusim menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam ini. – Foto Sri Pahang FC

Hidalgo 'mangsa' kedua VAR

KOTA BHARU: Pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo menjadi mangsa kedua layangan kad merah menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR) pada aksi persahabatan pramusim menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini.

Hidalgo menerima kad merah selepas mengasari pertahanan tuan rumah pada masa kecederaan babak pertama.

Pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir membuat keputusan itu selepas meneliti monitor VAR.

Penonton di stadium kelihatan teruja dengan penggunaan teknologi itu yang mengesahkan kad merah Hidalgo sekali gus menyaksikan pelawat beraksi 10 pemain sepanjang babak kedua.

Skuad Tok Gajah meraih gol kemenangan 1-0 menerusi pemain pertahanan dari Argentina, Stefano Brundo pada minit ke-40.

VAR sekali lagi bertindak lima minit sebelum tamat bagi mengesahkan sepakan penalti kepada skuad Kijang Emas selepas bola terkena tangan pemain pertahanan pasukan kendalian Fandi Ahmad.

Namun Valdumar Agusto gagal menyempurnakan sepakan penalti itu apabila percubaannya tepat ke dakapan penjaga gol pelawat Zarif Irfan Hashimuddin.

Berita Harian X