Isnin, 22 April 2024 | 12:42pm
Pengulas bola sepak ITV, Roy Keane (kotak kecil kiri) hampir tidak menyukai Manchester United selepas aksi separuh akhir Piala FA menentang Coventry lewat malam tadi malah menganggap mereka beraksi seperti kelab Liga Kejuaraan. – Foto AGENSI

United seperti kelab Liga Kejuaraan - Keane

LONDON: Roy Keane jelas tidak bersetuju langsung dengan dakwaan Harry Maguire bahawa Manchester United mempamerkan "karakter hebat" ketika kemenangan dramatik ke atas Coventry City lewat malam tadi.

Bekas pasukannya The Red Devils berjaya mengelak bencana apabila mereka menundukkan The Sky Blues menerusi penentuan penalti untuk mencetus pertembungan final Piala FA Inggeris dengan Manchester City.

Namun ia selepas kelab Liga Kejuaraan itu bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk memaksa masa tambahan dan kemudian jaringan lewat dinafikan kerana ofsaid sekali gus menghalang mereka melakar satu kemenangan bersejarah.

United kelihatan akan mara untuk mengulangi final tahun lalu terima kasih kepada jaringan Scott McTominay, Harry Maguire dan Bruno Fernandes.

Ellis Simms membalas satu gol pada minit ke-71 sebelum Callum O'Hare mencetus penamat mendebarkan dengan berbaki 11 minit.

Haji Wright kemudian tenang merembat masuk sepakan penalti pada masa kecederaan untuk melanjutkan aksi ke masa tambahan.

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire (tiga dari kanan) menanduk masuk gol kedua pasukannya pada separuh akhir Piala FA menentang Coventry di Stadium Wembley, London lewat malam tadi. – Foto AFP

Jaringan Victor Torp pada minit ke-120 dibatalkan kerana ofsaid dalam gerakan awal ketika United bernasib baik aksi itu ditentukan menerusi sepakan penalti.

Selepas perlawanan itu, penjaring gol Maguire berkata: "Kami menemui satu cara.

"Kami bermula amat baik dan kemudian melepaskan gol mudah. Kami tidak bernasib baik dibolosi gol kedua dan saya fikir penalti itu terlalu kejam.

"Kemudian saya tidak tahu, kelihatan seperti satu dunia mahukan Coventry layak dan melakukannya. Kami mempamerkan karakter hebat untuk menanganinya dan penting memenangi penentuan penalti."

Namun Keane tidak langsung bersetuju dengan pendapat Maguire ketika beliau bercakap dengan rakan pengulas di studio ITV.

Warga Ireland itu berkata: "Kami mempunyai perbincangan sama setiap minggu mengenai Manchester United, anda tidak tahu apa yang anda akan dapat.

Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay menyumbat gol pertama pasukannya pada separuh akhir Piala FA menentang Coventry di Stadium Wembley, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS
Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay menyumbat gol pertama pasukannya pada separuh akhir Piala FA menentang Coventry di Stadium Wembley, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS

"Saya melihat kepada penjaga gol, melengah-lengahkan masa. Hanya teruskan aksi. Tunjukkan keberanian.

Keane turut berkata: "Maguire ditemubual selepas perlawanan dan berkata mereka mempamerkan karakter hebat, saya tidak lihat sebarang karakter dalam kelompok pemain ini, saya tidak nampak.

"Ia hampir ke satu peringkat saya hampir tidak menyukai mereka. Saya lihat satu kelompok dengan sikap yang buruk, mereka hampir ketakutan untuk memenangi perlawanan.

"Ada masalah besar buat Manchester United apabila menyerang tetapi mereka melakukan tugas mereka.

"Pada masa tambahan Coventry kelihatan seperti satu pasukan Liga Perdana manakala Manchester United pula kelihatan seperti pasukan Liga Kejuaraan." – AGENSI

Berita Harian X