Ahad, 21 April 2024 | 10:01pm

Medan pertempuran 'Raja Eropah'

LONDON: Juara tiga kali, Jerman akan menjadi tuan rumah Kejuaraan Eropah pada tahun ini dan ini kejohanan pertama mereka kembali menjadi tuan rumah sejak Piala Dunia 2006.

Aksi Eropah pada tahun ini akan berlangsung di 10 bandar raya termasuklah ibu negara mereka, Berlin.

Berikut adalah venue yang akan menjadi medan pertempuran pasukan untuk merebut gelaran 'Raja Eropah' selain tempat tarikan pelancong yang boleh diterokai.


1. BERLIN

● Olympiastadion Berlin

● Kapasiti: 71,000

● Pasukan: Hertha Berlin

● Dikenali dengan: Final Piala Dunia 2006, Final Liga Juara-Juara 2015

Sejarah Olympiastadion Berlin: Venue terbesar bagi Kejuaraan Eropah 2024 ini menganjurkan setiap final Piala Jerman sejak 1985 selain tuan rumah beberapa aksi benua dan antarabangsa.

Berlin menjadi tuan rumah pada final Piala Dunia 2006 antara Itali dan Perancis sebelum Barcelona menewaskan Juventus di venue sama pada 2015 untuk menjulang Liga Juara-Juara.

Ia turut menjadi venue bagi final Kejuaraan Eropah 2024.


2. COLOGNE

● Stadium Cologne

● Kapasiti: 43,000

● Pasukan: FC Koln

● Dikenali dengan: Final Liga Europa 2020

Sejarah Stadium Cologne: Stadium ini dibina semula untuk menganjurkan perlawanan Piala Dunia 2006 dan sentiasa menjadi venue untuk Piala Jerman Wanita sejak 2010, selain turut menganjurkan pertandingan bola sepak Amerika, hoki ais dan konsert.


3. DORTMUND

● BVB Stadion Dortmund

● Kapasiti: 62,000

● Pasukan: Borussia Dortmud

● Dikenali dengan: Final Piala UEFA 2001

Sejarah BVB Stadion Dortmund: Salah satu antara venue yang masyhur dalam arena bola sepak dengan tempat duduk 'Yellow Wall', stadium ini menjadi salah satu venue terbesar bagi Kejuaraan Eropah 2024 dan menganjurkan beberapa perlawanan Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.

Final Piala UEFA 2001 antara Liverpool dan Deportivo Alaves turut berlangsung di venue ini.


4. DUSSELDORF

● Dusseldorf Arena

● Kapasiti: 47,000

● Pasukan: Dusseldorf Arena

● Dikenali dengan: Saingan peringkat kumpulan Kejuaraan Eropah 1988 (sebelum ini dikenali sebagai Rheinstadion)

Sejarah Dusseldorf Arena: Salah satu antara venue terkecil bagi edisi kali ini namun masih memiliki kapasiti melebihi 40,000 tempat duduk.


5. FRANKFURT

● Frankfurt Arena

● Kapasiti: 47,000

● Pasukan: Eintracht Frankfurt

● Dikenali dengan: Final Liga Juara-Juara Wanita 2002, suku akhir Piala Dunia 2006

Sejarah Frankfurt Arena: Venue ini dibina pada 1925 dan pernah menjadi tuan rumah beberapa kejohanan besar termasuklah Kejuaraan Eropah 1988 dan Piala Dunia 2006.


6. GELSENKIRCHEN

● Arena AufSchalke

● Kapasiti: 50,000

● Pasukan: Schalke

● Dikenali dengan: Final Liga Juara-Juara 2004, suku akhir Piala Dunia 2006

Sejarah Arena AufSchalke: Arena yang dibuka pada Ogos 2001 menjadi venue kepada tujuh kali juara Liga Jerman dan pemenang Piala UEFA 1996/97, Schalke dan menampilkan bumbung yang boleh ditarik balik dan padang yang boleh keluar-masuk.

Cristiano Ronaldo merakam memori indah di sini bersama Portugal apabila menyingkirkan England menerusi sepakan penalti penentuan pada Piala Dunia 2016.


7. HAMBURG

● Volksparkstadion Hamburg

● Kapasiti: 49,000

● Pasukan: Hamburger SV

● Dikenali dengan: Final Liga Europa 2010, suku akhir Piala Dunia 2006

Sejarah Volksparkstadion Hamburg: Stadium ini dibuka pada 1953 namun dinaiktaraf pada 2000 dan menjadi tuan rumah Kejuaraan Eropah 1988 serta Piala Dunia 1974 dan 2006.


8. LEIPZIG

● Leipzig Stadium

● Kapasiti: 40,000

● Pasukan: RB Leipzig

● Dikenali dengan: Saingan peringkat kumpulan dan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2006

Sejarah Stadium Leipzig Stadium: Venue yang menampilkan teknologi terkini pada bumbungnya dibuka pada 2004 dan dibina semula daripada stadium lama Zentralstadion yang sebelum ini menjadi stadium terbesar di Jerman Timur.


9. MUNICH

● Munich Football Arena

● Kapasiti: 66,000

● Pasukan: Bayern Munich

● Dikenali dengan: Final Liga Juara-Juara 2012, suku akhir Kejuaraan Eropah 2020

Sejarah Munich Football Arena: Dibina secara bersama oleh Bayern Munich dan 1860 Munchen, ia dibuka pada 2005 meskipun Bayern kini memiliki pegangan penuh terhadap stadium ini.

Venue ini memberi detik indah buat Chelsea yang mencipta kejutan mengejutkan Bayern Munich di laman sendiri pada final Liga Juara-Juara 2012.

Ia turut menganjurkan beberapa aksi Kejuaraan Eropah 2020 termasuklah kemenangan 2-1 Itali ke atas Belgium pada aksi suku akhir.


10. STUTTGART

● Stuttgart Arena

● Kapasiti: 51,000

● Pasukan: VFB Stuttgart

● Dikenali dengan: Final Piala Eropah 1998, 'play-off' tempat ketiga Piala Dunia 2006

Sejarah Stuttgart Arena: Arena ini sudah diubahsuai dan mengharungi pemodenan beberapa kali sejak dibina pada 1993 dan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 1974 dan 2006 selain Kejuaraan Eropah 1988.

Ia beberapa kali dinaiktaraf dan dimodenkan sejak dibina pada 1993 dan pernah menjadi gelanggang Piala Dunia 2006 dan Kejohanan UEFA 1998.


INFO: KEJUARAAN EROPAH 2024 AKAN BERLANGSUNG DARI 14 JUN HINGGA 14 JULAI 2024

Pasukan yang layak bertanding di Kejuaraan Eropah 2024:

Kumpulan A: Jerman, Scotland, Hungary, Switzerland
Kumpulan B: Sepanyol, Croatia, Itali, Albania
Kumpulan C: Slovenia, Denmark, Serbia, England
Kumpulan D: Poland, Belanda, Austria, Perancis
Kumpulan E: Belgium, Slovakia, Romania, Ukraine
Kumpulan F: Turkiye, Georgia, Portugal, Republik Czech

Berita Harian X