Ahad, 21 April 2024 | 7:48am
Pemain Arsenal, Leandro Trossard meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux, Wolverhampton. - Foto REUTERS
Pemain Arsenal, Leandro Trossard meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux, Wolverhampton. - Foto REUTERS
Pemain Arsenal, Martin Odegaard menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux, Wolverhampton. - Foto REUTERS
Pemain Arsenal, Martin Odegaard menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux, Wolverhampton. - Foto REUTERS
Brentford menewaskan Luton 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Kenilworth Road. - Foto REUTERS
Brentford menewaskan Luton 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Kenilworth Road. - Foto REUTERS
Burnley menewaskan Sheffield United 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield. - Foto AFP REUTERS
Burnley menewaskan Sheffield United 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield. - Foto AFP REUTERS

Arsenal kembali ke puncak liga

LONDON: Arsenal menebus kekecewaan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah dengan kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0.

Leandro Trossard dan Martin Odegaard menjaringkan gol di akhir setiap babak untuk membawa The Gunners satu mata di depan Manchester City, yang bermain kurang satu perlawanan.

Musim Arsenal berisiko berakhir hampa selepas mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan.

Skuad kendalian Mikel Arteta tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali tahun ini hujung minggu lalu, 2-0 di laman sendiri di tangan Aston Villa, dan dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan mereka disingkir oleh Bayern Munich.

Bagaimanapun Arsenal bangkit mengekalkan tekanan ke atas juara bertahan, City, yang menewaskan Chelsea 1-0 untuk mara ke final Piala FA.

Arteta melakukan tiga pertukaran ke atas skuad yang tewas 1-0 di Munich pada Rabu dan ia membuahkan hasil walaupun terpaksa menunggu hingga minit ke-45 untuk memecah kebuntuan menerusi Trossard.

Pengendali Wolves, Gary O'Neil mendakwa pasukannya dibelenggu krisis kecederaan paling teruk sepanjang karier profesionalnya.

Tuan rumah hampir mendahului permainan menerusi Joao Gomes, tetapi penjaga gol Arsenal, David Raya menyelamatkan keadaan.

Odegaard memastikan kemenangan buat Arsenal apabila menemui sasaran pada minit kelima masa kecederaan di babak kedua.

Liverpool yang berada di tangga ketiga masih boleh menyamai kutipan mata Arsenal apabila mereka bertandang ke Fulham malam ini.

Di kelompok bawah liga, harapan Luton untuk terselamat daripada penyingkiran terjejas apabila dibelasah Brentford 5-1 di Kenilworth Road.

Kekalahan terbesar liga di laman sendiri musim ini mengekalkan The Hatters satu mata di belakang Nottingham Forest, yang akan bertandang ke Everton hari ini.

Brentford memastikan kekal beraksi di Liga Perdana Inggeris musim depan dengan persembahan meyakinkan walaupun tidak dibantu penyerang England, Ivan Toney yang cedera.

Yoane Wissa meledak dua kali sebelum rehat, dengan Ethan Pinnock, Keane Lewis-Potter dan Kevin Schade turut menyumbang satu gol untuk The Bees.

Burnley kini hanya dua mata di bawah Luton dan tiga di bawah garis selamat selepas menewaskan Sheffield United 4-1.

Dua daripada lima kemenangan liga The Clarets musim ini adalah ke atas The Blades.

Burnley meledak dua kali dalam tempoh dua minit di akhir babak pertama menerusi Jacob Bruun Larsen dan Lorenz Assignon.

Gustavo Hamer merapatkan jurang untuk tuan rumah di awal babak kedua tetapi Lyle Foster dan Johann Gudmundsson memastikan kemenangan buat Burnley. - AFP

Berita Harian X