Khamis, 18 April 2024 | 6:31am
Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger (kiri) meledak masuk gol kemenangan ketika penentuan penalti mengatasi penjaga gol Manchester City, Ederson pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP
Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger (kiri) meledak masuk gol kemenangan ketika penentuan penalti mengatasi penjaga gol Manchester City, Ederson pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto AFP

Real Madrid lunas dendam ke atas City

MANCHESTER, England: Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger menyumbat gol penentuan yang membantu pasukannya menang 4-3 menerusi penentuan penalti ke atas penyandang juara Manchester City selepas aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara berakhir 4-4 secara agregat apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 awal pagi tadi.

Pemain City, Bernardo Silva dan Mateo Kovacic kedua-duanya gagal menyempurnakan penalti ketika penalti penentuan untuk memberikan kelebihan kepada Madrid dan Rudiger melengkapkan percubaan terakhir mereka melepasi penjaga gol Ederson sekali gus menamatkan impian City untuk meraih treble buat kali kedua.

Selepas kedua-dua pasukan terikat dalam perlawanan menarik 3-3 pada aksi pertama, Madrid, yang menjulang trofi Liga Juara-Juara dengan rekod 14 kali, mendahului pada perlawanan itu apabila Rodrygo mengejutkan penonton di Etihad dengan gol pada minit ke-12.

Itulah percubaan terakhir tepat menuju ke sasaran Madrid pada malam yang menyaksikan City menguasai 68 peratus pegangan bola, namun tuan rumah mensia-siakan peluang demi peluang sebelum Kevin De Bruyne akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Ia memaksa perlawanan itu berlanjutan hingga ke masa tambahan namun City gagal mencari gol kemenangan, membolehkan Madrid meraih tempat ke separuh akhir berdepan Bayern Munich. – REUTERS

Berita Harian X