Selasa, 16 April 2024 | 12:32pm
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp akan meninggalkan Anfield akhir musim ini. - Foto AFP
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp akan meninggalkan Anfield akhir musim ini. - Foto AFP
Pengendali Aston Villa, Unai Emery antara nama yang dikaitkan untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan Jurgen Klopp di Liverpool. - Foto AFP
Pengendali Aston Villa, Unai Emery antara nama yang dikaitkan untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan Jurgen Klopp di Liverpool. - Foto AFP

Peminat Liverpool mahu Emery ganti Klopp

LIVERPOOL: Penyokong Liverpool mencadangkan nama baharu untuk menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengendali pada musim panas ini.

Pencarian pengganti pengendali dari Jerman itu sedang giat dijalankan selepas Klopp mengumumkan akan meninggalkan Anfield sejak awal tahun lalu.

Sasaran utama kelab, Xabi Alonso menolak tawaran mereka kerana mahu kekal bersama Bayer Leverkusen yang memenangi gelaran Bundesliga buat pertama kali.

Liverpool turut dikaitkan dengan bos Sporting Lisbon, Ruben Amorim tetapi pengendali itu berang dengan spekulasi berkenaan.

Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi turut berada dalam radar Liverpool, tetapi peminat berkata kelab perlu mencari calon lain mengggantikan Klopp.

Kini nama pengendali Aston Villa, Unai Emery menjadi sebutan selepas kejayaannya membawa kelab Midlands itu menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Ketika mengambil alih Villa, kelab itu berada di tangga ke-14 dan bergelut dengan penyingkiran.

Kini Emery berjaya membawa mereka ke suku akhir Liga Europa dan semakin hampir untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menewaskan bekas kelabnya, Arsenal 2-0.

Emery pernah memenangi Liga Europa sebanyak tiga kali bersama Sevilla dan sekali bersama Villarreal. Dia turut memenangi Piala Perancis dan treble liga bersama Paris Saint-Germain serta mara ke final Liga Europa bersama Arsenal. - AGENSI

Berita Harian X