Isnin, 15 April 2024 | 3:17pm
Azfar tekad jadi penjaga gol nombor satu Sri Pahang. - Foto Sri Pahang
Azfar tekad jadi penjaga gol nombor satu Sri Pahang. - Foto Sri Pahang

Azfar optimis saingi Izham, Zarif

KUANTAN: Penjaga gol baharu Sri Pahang FC, Azfar Arif akan mempamerkan persembahan meyakinkan jika disenaraikan pada aksi persahabatan berdepan dua kelab dari Singapura.

Justeru, pemain berusia 25 tahun itu berkata, kepercayaan yang diberi barisan kejurulatihan akan dimanfaatkan sebaik mungkin kerana sebelum ini perlawanan lebih kepada berdepan kelab amatur dan skuad bawah 23 Sri Pahang.

"Berdepan dua kelab Singapura, saya percaya persembahan Sri Pahang akan lebih meningkatkan sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia bulan depan.

"Sebagai pemain baharu, fokus saya untuk berada dalam kesebelasan utama biarpun turut dibarisi dua penjaga gol berpengalaman.

"Setakat ini, peluang masih terbuka dan sudah pasti saya mahu menjadi pilihan utama apabila saingan bermula nanti," katanya.

Di Singapura, skuad kendalian Fandi Ahmad dijadualkan berdepan Albirex Niigata esok manakala Geylang International FC, Khamis ini.

Selain Azfar, skuad Tok Gajah mengekalkan dua penjaga gol senior dan berpengalaman iaitu Izham Tarmizi Roslan dan Zarif Irfan Hashimuddin.

Berita Harian X