Rabu, 10 April 2024 | 10:36am
Penyerang Manchester City, Erling Haaland dihalang pemain Real Madrid, Toni Kroos (kiri) dan Antonio Rudiger pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

Ancelotti yakin Madrid lebih kuat di Etihad

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata beliau yakin pasukannya boleh menyerlah menentang Manchester City minggu depan untuk mara dalam Liga Juara-Juara, selepas seri 3-3 pada suku akhir pertama yang menarik awal pagi tadi.

Musim lalu pemegang rekod juara 14 kali Madrid seri 1-1 dengan City kendalian Pep Guardiola di laman sendiri pada separuh akhir pertama tetapi kemudian dibelasah 4-0 di Stadium Etihad.

City, yang memenangi pertandingan itu buat julung kali, mendahului dua kali menentang Madrid tetapi Los Blancos bangkit menyamakan kedudukan bagi membuka peluang luas pada aksi kedua.

"Kami bersemangat untuk bangkit dalam perlawanan ini, kini kami berdepan kesukaran sedikit kerana kami bermain di gelanggang lawan, namun dengan keyakinan kami boleh mengulangi persembahan ini," kata Ancelotti kepada wartawan.

Ancelotti berkata, pemainnya kurang berani dan personaliti di Manchester musim lalu tetapi jurulatih itu menegaskan tahun ini pasti berbeza.

Pemain tengah Manchester City, Phil Foden (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dan pengurus Pep Guardiola ketika menentang Real Madrid pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

"Hari ini kami memberikan yang terbaik – kami mempunyai keyakinan untuk mengulanginya pada aksi kedua," kata jurulatih itu, yang mengendali aksi ke-200 dalam pertandingan itu dengan keputusan seri di Santiago Bernabeu.

"Sebenarnya rancangan kami mahu mengatasi mereka sedikit, mungkin 4-3, ia tidak banyak mengubah perancangan saya bagi aksi kedua," katanya.

Bernardo Silva meletakkan City di depan menerusi sepakan percuma namun gol sendiri Ruben Dias dan jaringan Rodrygo membantu Madrid mendahului.

Phil Foden dan Josko Gvardiol meledak dua gol memukau buat City tetapi Federico Valverde menyelamatkan Madrid untuk memaksa seri dengan satu rembatan voli.

Guardiola berkata pasukannya mempamerkan kematangan untuk "mengawal permainan" pada babak kedua, selepas menyaksikan Madrid memadamkan gol awal mereka.

Reaksi penyerang Manchester City, Erling Haaland selepas Phil Foden menyumbat gol kedua menentang Real Madrid pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

"Dalam musim pertama, kedua dan ketiga bersama kami mungkin kalah (perlawanan ini) 4-1, 5-1, kami tidak stabil secara emosinya," jelas bekas jurulatih Barcelona itu.

"Stabil dari segi emosi adalah asas... ketika detik bagus dan ketika detik sukar."

Guardiola berkata, kelebihan bermain di gelanggang sendiri pada aksi kedua memberikan pasukannya dorongan menyamai kelebihan satu gol.

"Di Manchester tiket pasti habis dijual, penyokong akan membantu kami menjaringkan satu gol dan kami akan cuba melakukan yang selebihnya," katanya.

"Ia mudah, pasukan yang menang akan berada di separuh akhir." – AFP

Berita Harian X