Rabu, 10 April 2024 | 8:07am
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane meraikan gol kedua menerusi penalti bersama Jamal Musiala dan Serge Gnabry pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Arsenal di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Trossard selamatkan Arsenal, seri dengan Bayern

LONDON: Arsenal terselamat apabila seri 2-2 dengan Bayern Munich sesudah gol penyamaan lewat permainan daripada Leandro Trossard menyekat Harry Kane daripada pulang bergaya ke utara London pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Trossard hadir dari bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan pada hujung perlawanan di Stadium Emirates selepas bekas penyerang Tottenham, Kane membantu Bayern mendahului 2-1 menerusi sepakan penalti pada babak pertama.

Arsenal mendahului awal menerusi Bukayo Saka sebelum bekas pemain sayap Gunners, Serge Gnabry kembali menyamakan kedudukan buat Bayern.

Kane meledak dalam pertembungan jiran tetangga utara London dengan rekod 14 gol menentang Arsenal ketika dia beraksi bersama Tottenham, menjadikannya sasaran cemuhan penyokong Gunners.

Pemain Arsenal, Bukayo Saka (tengah) meledak gol pembukaan pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto AFP
Pemain Arsenal, Bukayo Saka (tengah) meledak gol pembukaan pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto AFP

Apabila Kane menyumbat gol keenam kariernya di Emirates – dan gol ke-39 dalam semua pertandingan dalam musim sulungnya bersama Bayern – ia kelihatan kapten England itu pulang penuh bergaya.

Namun jaringan dramatik Trossard menyaksikan pertembungan itu terbuka menjelang aksi kedua di Munich pada 17 April ini.

Sekalipun Saka bengang tidak diberikan sepakan penalti pada saat akhir apabila Manuel Neuer dilihat menjatuhkannya, bos Gunners, Mikel Arteta hanya berkata: "Keputusan sudah dibuat. Kami tidak boleh mengubahnya.

"Kami bermula dengan amat baik. Kami mendominasi, mencipta beberapa momentum dan menjaringkan gol pertama. Kemudian saat genting apabila kami tidak mendapat gol kedua.

Pemain Bayern Munich, Serge Gnabry (kanan) menyumbat gol pertama pasukannya melepasi penjaga gol Arsenal, David Raya pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Kami melepaskan dua gol kepada mereka hari ini. Ini adalah pengajaran terbesar. Apabila mereka mendapat ruang ini, mereka boleh menghukum anda."

Bos Bayern, Thomas Tuchel mendakwa pasukannya sepatutnya mendapat satu lagi sepakan penalti apabila berkata: "Pengadil tidak memberikan sepakan penalti kerana beliau menyatakan ia satu kesilapan budak sekolah apabila dia memegang bola.

"Ini satu penjelasan yang tidak berasas. Kami berasa marah. Ia satu keputusan teruk terhadap kami." – AFP

Berita Harian X