Sabtu, 6 April 2024 | 2:40pm
Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner bangga dengan karakter dimiliki pemainnya musim ini. – Foto Terengganu FC
Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner bangga dengan karakter dimiliki pemainnya musim ini. – Foto Terengganu FC

Steinbruckner gembira pemain TFC ada karakter

KUALA TERENGGANU: Selepas tiga perlawanan persahabatan, pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner meramalkan pasukannya mampu melangkah lebih jauh dalam Liga Super musim ini.

Jurulatih dari Croatia itu berkata, kekuatan di segenap penjuru padang dengan kehadiran tiga pemain tempatan serta empat import baharu menambah lagi kekuatan pasukannya.

Tegasnya, karakter dan kualiti individu pemainnya turut menjadikan skuad bimbingannya tampak lebih padu untuk bersaing memburu sekurang-kurangnya satu trofi selepas hanya muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu.

"Kelebihan TFC musim ini kami mempunyai kekuatan pemain di setiap posisi, malah kami mempunyai dua pemain setaraf pada setiap bahagian dan ia nampak lebih mantap seperti yang diperagakan dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini.

"Dengan karakter mereka ditambah kehadiran Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan serta tonggak import baharu, saya lihat TFC lebih bersedia dan mampu melangkah lebih jauh lagi musim ini.

Terdahulu dalam aksi pramusim, TFC tewas 2-1 kepada Selangor II, membelasah PDRM FC 6-1 dan menang tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan FC.

Berita Harian X