Jumaat, 5 April 2024 | 8:22am
Pemain tengah Chelsea, Cole Palmer (dua dari kanan) melompat tinggi untuk meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas menundukkan Manchester United 4-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. – Foto AFP

Titik tolak kebangkitan Chelsea - Pochettino

LONDON: Jurulatih Chelsea, Mauricio Pochettino berharap kemenangan dramatik 4-3 ke atas Manchester United awal pagi tadi menjadi titik tolak kebangkitan musim tidak konsisten The Blues dan kadang-kadang hubungan tegang antaranya dengan penyokong.

Pochettino meluru masuk ke padang susulan wisel penamat selepas wira hatrik Cole Palmer menyumbat gol paling lewat dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas 11 minit masa kecederaan, sesudah menyamakan kedudukan beberapa saat terdahulu menerusi sepakan penalti.

"Ia penting akhirnya untuk menamatkan dengan cara kami mengakhirinya, mencipta saya fikir hubungan (antara) penyokong dan pemain," kata warga Argentina itu kepada wartawan.

"Ia perkara yang amat bagus berlaku hari ini dan saya fikir patut menjadi titik tolak kebangkitan buat kami, mencipta keyakinan bersama penyokong dan dalam pasukan," katanya.

Beberapa minggu lalu, Pochettino - bekas pengurus kelab musuh Chelsea, Tottenham Hotspur - menjadi subjek laungan ejekan sesetengah peminat ketika seri di Brentford dan Sabtu lalu ejekan itu kembali selepas seri 2-2 di laman sendiri dengan Burnley yang beraksi 10 pemain.

Pemain Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dan Diogo Dalot kelihatan kecewa selepas pemain Chelsea, Cole Palmer menjaringkan gol keempat pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Bagaimanapun, ditanya selepas kemenangan dramatik awal pagi tadi mengenai rungutan sesetengah peminat beliau tidak mempunyai emosi mencukupi untuk berhubung dengan mereka, Pochettino berkata beliau fokus terhadap tugasnya di tepi padang.

"Saya ketua jurulatih. Jika seseorang mahukan badut, mereka boleh pergi dan mencari seorang badut," katanya.

Pochettino memuji Palmer yang kini menyumbat 16 gol dalam liga, hanya kurang dua berbanding bekas rakan sepasukannya di Manchester City yang juga peledak berbisa Erling Haaland.

"Salah satu kemahiran asas adalah mentalitinya, keupayaannya untuk menangani tekanan," kata Pochettino mengenai Palmer.

"Saya fikir amat mengagumkan dengan cara dia menangani tekanan."

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag kelihatan murung selepas tumpas di tangan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag kelihatan murung selepas tumpas di tangan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan kegagalan pasukannya untuk melakar kemenangan buat kali kedua dalam beberapa hari, selepas dibolosi gol penyamaan lewat permainan untuk seri 1-1 dengan Brentford hujung minggu lalu.

"Kami gagal memastikan kemenangan selepas mendahului. Sudah tentu ia mengecewakan," katanya.

"Anda perlu lakukan tugas anda. Mereka sedar tugas mereka tetapi mereka tidak membuat keputusan yang betul."

Ten Hag berkata beliau tidak mengetahui tahap kecederaan yang menyaksikan dua pemain pertahanannya terpaksa dikeluarkan - Raphael Varane dan pemain gantian Jonny Evans - apatah lagi mereka melayan kunjungan pendahulu liga, Liverpool ke Old Trafford Ahad ini. – REUTERS

Berita Harian X