Jumaat, 29 March 2024 | 8:39pm
Bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso menolak tawaran untuk kembali ke kelab itu sebagai pengendali. - Foto AGENSI
Bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso menolak tawaran untuk kembali ke kelab itu sebagai pengendali. - Foto AGENSI

Alonso tolak tawaran Liverpool

LIVERPOOL: Liverpool berdepan cabaran sukar untuk mencari pengganti Jurgen Klopp selepas calon utama, Xabi Alonso, menolak tawaran berkenaan

Bekas pemain tengah Liverpool berusia 42 tahun itu, dikaitkan sebagai pengganti Klopp untuk membimbing kelab lamanya itu, tetapi kini Alonso memilih untuk kekal bersama pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Senario terbaru itu meletakkan pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim sebagai calon utama, bersama-sama bos Brighton, Roberto De Zerbi.

Amorim, 39, dijangka akan dipanggil untuk temu duga selepas dia menepati kriteria ditetapkan Liverpool.

Bayern Munich turut menyatakan minat mereka untuk menandatangani Alonso - mungkin sebagai taktik mereka untuk mengganggu misi kejuaraan Leverkusen musim ini - tetapi presiden kelab, Uli Hoeness menegaskan tidak mustahil untuk membawa pengedali dari Sepanyol itu ke Munich tahun ini.

"Alonso lebih cenderung untuk kekal di Bayer Leverkusen berdasarkan kejayaan mereka ketika ini, kerana dia pasti tidak mahu meninggalkan mereka.

"Jika dia mengharungi dua atau tiga musim lagi dengan kejayaan, ia lebih mudah untuk menariknya keluar dari sana," kata Hoeness.

Pencarian pengendali baharu Liverpool diketuai oleh pengarah sukan baru dilantik, Richard Hughes dan Ketua Pegawai Eksekutif Bolasepak, Michael Edwards.

Tumpuan kini terarah kepada Amorim dan De Zerbi, yang Brighton kendaliannya akan bertandang ke Anfield pada Ahad. - AGENSI

Berita Harian X