Selasa, 19 March 2024 | 5:09pm
Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas. - Foto Sri Pahang FC
Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas. - Foto Sri Pahang FC

Fadhli mahu benteng Sri Pahang lebih kebal

KUANTAN: Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas sedia menerima segala keputusan berhubung statusnya dalam skuad utama Tok Gajah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Pemain berpengalaman itu berkata, dia menyerahkan 100 peratus kepada ketua jurulatih, Fandi Ahmad kerana misi utama adalah untuk memastikan Tok Gajah pada musim baharu ini memiliki skuad yang mantap.

"Bagi saya tiada istilah pemain utama pada diri saya kerana percaya setiap pemain yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk beraksi akan memberikan yang terbaik.

"Namun, sebagai pemain pertahanan, sudah pasti saya akan berusaha untuk memperbaiki rekod bolos serta mengatasi kelemahan diri untuk memastikan kubu Sri Pahang musim baharu ini lebih kukuh.

"Dari segi pencapaian individu pula, matlamat saya adalah untuk mencatat rekod lebih baik berbanding musim lalu," katanya.

Kehadiran beberapa pemain baharu termasuk tonggak import dari Serbia, Aleksandar Cvetkovic bakal menambah kekuatan bahagian pertahanan Tok Gajah.

Berita Harian X