Ahad, 17 March 2024 | 11:18pm
Pemain Chelsea, Noni Madueke (tengah) meledak gol keempat pasukannya ketika menentang Leicester City di Stamford Bridge, London. - REUTERS
Pemain Chelsea, Noni Madueke (tengah) meledak gol keempat pasukannya ketika menentang Leicester City di Stamford Bridge, London. - REUTERS

Chelsea atasi Leicester suku akhir Piala FA

LONDON: Pemain simpanan Chelsea, Carney Chukwuemeka dan Noni Madueke meledak pada penghujung aksi bagi memberikan kemenangan 4-2 di laman sendiri berdepan Leicester City sebentar tadi dan menempah tiket ke separuh akhir Piala FA Inggeris.

Chelsea tampak mengawal penuh perlawanan babak pertama hasil gol Marc Cucurella dan Cole Palmer, walaupun penalti Raheem Sterling diselamatkan Jakub Stolarczyk.

Bagaimanapun kesilapan pertahanan Chelsea, Axel Disasi memberikan Leicester gol pada minit ke-51 apabila hantaran ke belakanganya terus menerjah gawang.

Sepuluh minit kemudian, Stephy Malvididi menampilkan aksi terbaik bagi menyamakan kedudukan buat Leicester.

Selepas lapan minit tambahan masa dan Leicester bermain 10 orang, selepas Callum Doyle dibuang padang pada minit ke-73, Chukwuemka mengambil hantaran ke belakang Cole untuk meledak ke gawang dan Madueke turut menemui jaringan sebelum wisel penamat. - REUTERS

Berita Harian X