Sabtu, 16 March 2024 | 1:28pm
Georginio Wijnaldum (tengah) kini beraksi dengan kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq. – Foto REUTERS
Georginio Wijnaldum (tengah) kini beraksi dengan kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq. – Foto REUTERS

Belanda panggil semula Wijnaldum, Depay

ROTTERDAM: Georginio Wijnaldum dan Memphis Depay kembali ke skuad Belanda bagi aksi persahabatan antarabangsa dengan Scotland dan Jerman bulan ini, manakala Quinten Timber dipanggil kali pertama ketika jurulatih Ronald Koeman menilai pilihannya menjelang Euro 2024.

Bekas kapten Wijnaldum, 33, berpindah ke Al-Ettifaq di Arab Saudi musim ini dan meraih panggilan pertamanya sejak pusingan akhir Liga Negara-Negara pada Jun tahun lalu.

Depay, 30, dirundung masalah kecederaan dalam 12 bulan terakhir dan tidak beraksi buat pasukan kebangsaan sejak Mac tahun lalu.

Kedua-duanya menjadi tonggak pasukan itu dan ketika Depay sering kali dipanggil apabila cergas, kembalinya Wijnaldum dilihat sebagai cubaan untuk menyuntik pengalaman menjelang Euro di Jerman.

Timber, 22, adalah adik kembar pertahanan Arsenal, Jurrien, yang juga pemain antarabangsa Belanda tetapi tidak dipanggil bagi perlawanan di laman sendiri menentang Scotland di Amsterdam pada 23 Mac dan kunjungan ke Frankfurt di Jerman tiga hari kemudian. – REUTERS

SKUAD BELANDA

Penjaga gol: Marco Bizot (Stade Brest), Mark Flekken (Brentford), Bart Verbruggen (Brighton).

Pertahanan: Nathan Ake (Manchester City), Daley Blind (Girona), Virgil van Dijk (Liverpool), Denzel Dumfries (Inter Milan), Jeremie Frimpong (Bayer Leverkusen), Lutsharel Geertruida (Feyenoord), Quilindschy Hartman (Feyenoord), Matthijs de Ligt (Bayern Munich), Stefan de Vrij (Inter Milan).

Tengah: Teun Koopmeiners (Atalanta), Tijjani Reijnders (AC Milan), Marten de Roon (Atalanta), Jerdy Schouten (PSV), Xavi Simons (RB Leipzig), Quinten Timber (Feyenoord), Joey Veerman (PSV), Mats Wieffer (Feyenoord), Georginio Wijnaldum (Al-Ettifaq).

Serangan: Brian Brobbey (Ajax), Memphis Depay (Atletico Madrid), Cody Gakpo (Liverpool), Donyell Malen (Borussia Dortmund), Wout Weghorst (Hoffenheim).

Berita Harian X