Jumaat, 15 March 2024 | 5:18pm
Pemain import baharu Sri Pahang FC, Aleksandar Cvetkovic. Foto ihsan Sri Pahang FC
Pemain import baharu Sri Pahang FC, Aleksandar Cvetkovic. Foto ihsan Sri Pahang FC

Cvetkovic lengkapkan import Sri Pahang

KUANTAN: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan pemain pertahanan import dari Serbia, Aleksandar Cvetkovic menyertai Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pengumumkan dibuat menerusi Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, sekali gus menamatkan teka-teki pertahanan import baharu skuad kendalian Fandi Ahmad itu.

"Selamat Datang Aleksandar Cvetkovic ke Darul Makmur. Pemain berketinggian 1.88 meter dari Serbia ini menjadi wajah baru barisan pertahanan Sri Pahang.

"Cvetkovic telah menandatangani kontrak selama satu musim sekali gus melengkapkan slot import bagi musim 2024/2025," kata hantaran berkenaan.

Dengan pengumuman itu, ia melengkapkan enam import termasuk dua lagi pemain baharu iaitu Mykola Ahapov dari Ukraine dan Manuel Hidalgo (Argentina).

Tiga pemain musim lalu yang kekal bersama skuad Tok Gajah ialah Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina) dan Kuvondik Ruziev (Uzbekistan).

Bagi musim ini, Sri Pahang turut membawa masuk enam pemain tempatan baharu iaitu Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.

Pada masa sama, skuad Tok Gajah memiliki pemain berpengalaman iaitu Nor Azam Azih, Sergio Aguero, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Syazwan Andik dan Izham Tarmizi Roslan.

Berita Harian X