Rabu, 13 March 2024 | 10:27pm
Zinedine Zidane (kanan) dan Graham Potter.
Zinedine Zidane (kanan) dan Graham Potter.

Zidane calon tepat ganti Erik ten Hag- Yorke

MANCHESTER: Dwight Yorke menyokong sekiranya Zinedine Zidane dipilih sebagai pengurus baharu Manchester United dengan dia percaya pemain akan membuli Graham Potter jika bekas pengurus Chelsea itu menjadi pengendali United.

Ketika ditanya calon yang sesuai untuk menggantikan Erik ten Hag, Yorke percaya legenda Perancis yang membawa Real Madrid memenangi tiga gelaran Eropah itu sebagai pilihan terbaik.

"Kita perlu melihat kepada pengurus yang sudah terbukti dan berjaya. Individu dengan personaliti yang kuat dan ada identiti yang jelas dengan corak permainan yang ingin diterapkan.

"Kita perlukan individu seperti itu kerana ada beberapa pemain yang besar egonya dalam bilik persalinan.

"Mungkin Zidane. Saya rasa dia individu yang memenuhi semua kriteria. Tiada pemain yang kenal dengan profil jurulatih seperti itu dan dia akan mendapat penghormatan daripada semua pemain.

"Bagi saya, Zidane adalah calon paling tepat."

Dia juga percaya Potter tidak seharusnya mengendalikan United meskipun memiliki kejayaan bersama bakal pengarah sukan United, Dan Ashworth di Brighton sebelum ini.

"Siapa lagi pengurus yang ada? Mereka berkata mengenai Graham Potter tetapi saya rasa dia akan dibuli, seperti yang berlaku di Chelsea.

-AGENSI

Berita Harian X