Rabu, 13 March 2024 | 2:24pm
Jurulatih FC Porto, Sergio Conceicao (tengah) memperkatakan sesuatu pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Arsenal di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Jurulatih FC Porto, Sergio Conceicao (tengah) memperkatakan sesuatu pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Arsenal di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Arteta hina keluarga saya - Conceicao

LONDON: Pengurus FC Porto, Sergio Conceicao mendakwa bos Arsenal, Mikel Arteta menghina keluarganya ketika kemenangan kelab London itu menerusi penentuan penalti ke atas kelab Portugal pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Arsenal menang 4-2 menerusi penentuan penalti susulan terikat 1-1 secara agregat, menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2010.

Ketegangan memuncak di Stadium Emirates dan kedua-dua pengurus dilihat bertengkar pada hujung perlawanan itu.

"Ketika perlawanan beliau (Arteta) beralih ke bangku simpanan dan dalam bahasa Sepanyol, beliau mencerca keluarga saya," kata Conceicao kepada wartawan.

"Akhirnya saya menjerit untuk mencuri perhatian Arteta, kerana orang yang dihinanya itu sudah tiada lagi bersama kita."

Apabila ditanya mengenai insiden itu ketika sidang media selepas perlawanan Arteta sekadar berkata: "Tiada komen." – REUTERS

Berita Harian X