Sabtu, 9 March 2024 | 10:43pm
Pemain import dari Uzbekistan Sukhrob Nurulloev (dua dari kanan) tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas petang tadi dan disambut oleh pihak pengurusan dan jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain.
Pemain import dari Uzbekistan Sukhrob Nurulloev (dua dari kanan) tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas petang tadi dan disambut oleh pihak pengurusan dan jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain.

Nurulloev ganti Hidalgo

ALOR SETAR: Pemain sayap dari Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev menjadi pemain import pertama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Kehadiran bekas pemain Nasaf FC berusia 26 tahun itu diyakini mampu memperkuatkan posisi sayap Sang Kenari yang sebelum ini bergantung kepada Manuel Hidalgo sepanjang musim lalu.

"Selamat datang buat Sukhrob Nurulloev ke bumi Jelapang Padi. Pemain berasal dari Quraqol, Uzbekistan ini diikat selama setahun bagi mengisi bahagian serangan sayap pasukan KDA FC musim ini.

"Beliau mampu beraksi sama ada sayap kanan dan kiri, dan ini memberi sedikit kelebihan dalam percaturan taktikal perlawanan yang akan dilakukan oleh ketua jurulatih Nafuzi Zain.

"Beliau pernah beraksi bersama skuad muda bawah 20 dan 23 tahun Uzbekistan, dan kelab asalnya sebelum ini adalah Nasaf FC," menurut kenyataan KDA FC.

Berita Harian X