Isnin, 4 March 2024 | 3:51pm
KDA FC memuatnaik ucapan terima kasih kepada lapan pemain importnya pada musim lalu. Foto KDA FC
KDA FC memuatnaik ucapan terima kasih kepada lapan pemain importnya pada musim lalu. Foto KDA FC

Kedah lepaskan 8 pemain import

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan lapan pemain importnya tidak akan lagi bersama pasukan itu dalam meneruskan cabaran di saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menerusi maklumat rasmi dikeluarkan Sang Kenari, pemain import berkenaan terdiri daripada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli.

"Terima kasih kepada lapan pemain import KDA FC musim 2023 atas sumbangan dan perjuangan hebat mereka kepada pasukan Liga Super Kedah Darul Aman FC sehingga menjadi empat pasukan terbaik liga.

"Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan KDA FC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli atas dedikasi mereka sepanjang musim.

"Prestasi cemerlang dan semangat juang yang dipamerkan dalam mengangkat mutu permainan Sang Kenari musim lepas dan memberikan impak positif kepada pasukan menjadi inspirasi kepada kita semua," kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, lima pemain tempatan iaitu Rodney Celvin Akwensive, Mior Dani Armin Mior Ariffen, Muhammad Azrin Afiq Rusmini, Mohammad Zharmein Ashraf, dan Muhammad Faizal Talib turut lepaskan Sang Kenari.

Berita Harian X