Jumaat, 1 March 2024 | 8:19pm
T Saravanan ketika beraksi bersama skuad B-23 negara. – Foto Persatuan Bolasepak Malaysia
T Saravanan ketika beraksi bersama skuad B-23 negara. – Foto Persatuan Bolasepak Malaysia

Saravanan sertai Sri Pahang

KUANTAN: Pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara T Saravanan akan menyarung jersi Sri Pahang FC musim ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, pemain berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak selama dua musim hingga 2026 bersama skuad Tok Gajah.

"Selamat datang Saravanan ke Darul Makmur. Pemain sayap lincah yang semakin mencipta nama, T Saravanan kini milik Sri Pahang.

"Pemain berusia 23 tahun ini menandatangani kontrak selama dua musim bersama Tok Gajah," menurut hantaran itu.

Sebelum ini, Saravanan yang beraksi dengan Kuala Lumpur City, dikhabarkan akan berpindah ke pasukan utara Semenanjung tetapi akhirnya memilih Sri Pahang.

Susulan pengumuman itu, Saravanan antara tujuh pemain baharu yang diumumkan Sri Pahang bagi mengharungi Liga Super yang bermula Mei depan.

Enam pemain lagi adalah Mykola Ahapov dari Ukraine, Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim dan penjaga gol, Azfar Arif.

Berita Harian X