Jumaat, 1 March 2024 | 2:19pm
Zinedine Zidane tidak mengendali mana-mana pasukan selepas kali terakhir bersama Real Madrid pada tahun 2021. - Foto AGENSI
Zinedine Zidane tidak mengendali mana-mana pasukan selepas kali terakhir bersama Real Madrid pada tahun 2021. - Foto AGENSI

Old Trafford bukan pilihan Zidane

MANCHESTER: Zinedine Zidane akan menolak tawaran membimbing Manchester United sekiranya dia ditawarkan jawatan itu.

Legenda Perancis itu tidak mengendali mana-mana pasukan selepas kali terakhir bersama Real Madrid pada tahun 2021.

Zidane memenangi dua gelaran La Liga dan tiga Liga Juara-Juara Eropah sepanjang menjadi pengendali Los Blancos.

Dia sering dikaitkan dengan kepulangan sebagai pengendali dan didakwa berada dalam radar Man United.

Pemilik baharu United, Jim Ratcliffe dikatakan berminat membawa Zidane ke Old Trafford sekiranya dia memecat Erik ten Hag.

Bagaimanapun Zidane, 51, dikatakan tidak berminat memulakan karier di Old Trafford kerana masalah bahasa.

Zidane tidak fasih berbahasa Inggeris dan merasakan tidak perlu untuk belajar - faktor utama yang menghalangnya untuk memulakan karier di Liga Perdana Inggeris, baik sebagai pemain mahupun pengendali.

Hanya jawatan di Bayern Munich, bekas kelabnya Juventus dan pasukan kebangsaan Perancis yang mampu minat Zidane untuk kembali berada di tepi padang. - AGENSI

Berita Harian X