Selasa, 27 Februari 2024 | 2:23pm
Mauricio Pochettino gagal mengemudi kejayaan Chelsea pada final Piala Liga Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley, London malam kelmarin. – Foto AFP
Mauricio Pochettino gagal mengemudi kejayaan Chelsea pada final Piala Liga Inggeris menentang Liverpool di Stadium Wembley, London malam kelmarin. – Foto AFP

Chelsea intai pengganti Pochettino

LONDON: Chelsea dilaporkan merangka senarai pengganti Mauricio Pochettino selepas mereka tewas pada final Piala Liga Inggeris kelmarin.

Bos Sporting Lisbon, Ruben Amorim kekal dalam pemantauan Todd Boehly.

The Blues kecundang 1-0 di tangan Liverpool di Wembley susulan tandukan Virgil van Dijk pada minit ke-118.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp muncul juara sekalipun menurunkan beberapa pemain remaja akademi dalam skuad itu.

Chelsea kekal tanpa sebarang trofi di bawah kepimpinan Boehly selepas berbelanja £1 bilion (RM6.06 bilion) sejak beliau mengambil alih pada 2022.

Warga Amerika itu sudah bekerja dengan tiga pengurus, pertama memecat Thomas Tuchel sebelum mendapatkan khidmat Graham Potter dan Frank Lampard.

Menurut akhbar The Mail, Boehly mungkin menjadikannya empat apabila mula mencari pengganti Pochettino.

Berada di senarai teratas bos Sporting Lisbon, Amorim yang menjadi calon utama bagi tugas itu pada musim panas lalu.

Kelab kendaliannya dua mata di belakang pendahulu Primeira Liga dengan beraksi kurang satu perlawanan.

Amorim antara beberapa nama dalam senarai bagi menggantikan Pochettino sekiranya Chelsea memutuskan untuk memecatnya. – AGENSI

Berita Harian X