Sabtu, 24 Februari 2024 | 11:24am
Alexis Mac Allister memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar pada tahun 2022.
Alexis Mac Allister memenangi Piala Dunia bersama Argentina di Qatar pada tahun 2022.

Mac Allister idam trofi Piala Liga

LIVERPOOL: Alexis Mac Allister sudah merangkul hadiah terbesar sukan apabila membantu Argentina memenangi Piala Dunia dan dia masih memburu beberapa kejayaan lagi bersama Liverpool.

Pemain tengah itu turut bercita-cita membina muzium kecil di rumahnya bagi menyimpan koleksi kejuaraan sepanjang kariernya bola sepaknya.

Dia menyertai Liverpool dari Brighton dan tidak pernah lupa asal usulnya apabila membantu The Seaguls mendapatkan rakan senegaranya, Valentin Barco.

"Saya melihat pingat Piala Dunia saya setiap hari. Ia cukup bermakna buat saya dan negara.

"(Final Piala Dunia) adalah perlawanan terbesar untuk seorang pemain bola sepak jadi ia sesuatu yang amat sayabanggakan, dan saya berharap minggu depan pingat Piala Liga akan menyertainya.

"Rancangan saya ialah untuk membina muzium kecil di rumah - bilik yang menyimpan segalanya.

"Saya ada replika trofi Piala Dunia, pingat dan beberapa trofi lagi - semuanya disimpan rapi sekarang - dan rancangan saya ialah meletakkannya di tempat yang boleh saya lihat setiap hari," kata Mac Allister.

Pertemuan dengan Chelsea esok akan menemukanya dengan bekas rakan sepasukan Brighton, Moises Caicedo, yang mengecewakan Liverpool dengan menyertai The Blues pada musim panas lalu.

Tidak seperti Mac Allister yang masih disayangi peminat Brighton, Caicedo meninggalkan pasukan dengan reputasi buruk. - AGENSI

Berita Harian X