Khamis, 22 Februari 2024 | 2:56pm
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta memperkatakan sesuatu kepada pemainnya Gabriel Martinelli pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang FC Porto di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta memperkatakan sesuatu kepada pemainnya Gabriel Martinelli pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang FC Porto di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP

Kurang pengalaman punca Arsenal tewas - Arteta

PORTO, Portugal: Kekurangan pengalaman beraksi dalam pertandingan utama kelab Eropah menjadi faktor Arsenal melepaskan gol saat akhir pada aksi Liga Juara-Juara di FC Porto awal pagi tadi tetapi pengurus Mikel Arteta berkata, kelab London utara itu akan belajar daripada kekalahan 1-0 itu.

Arsenal gagal mencipta percubaan tepat sepanjang malam sekalipun menguasai pegangan bola pada aksi pertama pusingan 16 terakhir dengan gol kemenangan Galeno pada minit ke-94 menghukum mereka.

Perlawanan di Estadio do Dragao awal pagi tadi adalah aksi pertama Arsenal di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara di bawah kendalian Arteta dan hadir enam musim selepas mereka kali terakhir beraksi pada pertandingan elit kelab Eropah itu pada 2016-17.

"Kami benar-benar menguasai permainan tetapi kami kurang arah tujuan, terutamanya pada babak pertama, untuk bertindak lebih agresif, memecah kubu lawan, bermain secara menyerang, mencipta lebih banyak ancaman terhadap benteng pertahanan mereka," kata Arteta kepada wartawan.

"Pada babak kedua ada banyak perkara lebih baik dan kami menjana banyak situasi tanpa benar-benar mencipta daripadanya, tetapi kami akan belajar daripadanya."

Pemain tengah Arsenal, Bukayo Saka (dua dari kiri) berebut bola dengan pertahanan FC Porto, Wendell pada aksi Liga Juara-Juara di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP
Pemain tengah Arsenal, Bukayo Saka (dua dari kiri) berebut bola dengan pertahanan FC Porto, Wendell pada aksi Liga Juara-Juara di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP

Apabila ditanya jika kekurangan pengalaman Arsenal bermain dalam Liga Juara-Juara mungkin menjadi faktor mereka melepaskan gol pada saat akhir, Arteta berkata: "Ia hanya bola terakhir.

"Jika dalam 94 minit kami tidak mempunyai kenaifan mengenainya, saya rasa agak kejam untuk menilainya tetapi memang benar ia memberi impak besar kepada keputusan.

"Banyak perkara lain yang mereka lakukan buat kali pertama di sini, ia sangat bagus."

Arsenal akan melayan kunjungan Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu ini. Mereka berdepan Porto bagi aksi kedua pada 12 Mac depan di Emirates. – REUTERS

Berita Harian X