Khamis, 22 Februari 2024 | 7:32am
Pemain sayap FC Porto, Galeno (kiri) meraikan jaringan kemenangannya bersama rakan sepasukan selepas menundukkan Arsenal 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto AFP

Gol Galeno pukau Arsenal

PORTO, Portugal: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta merungut kerana pasukannya kurang sentuhan pemusnah ketika gol menakjubkan Galeno pada masa kecederaan membantu FC Porto menang 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Tampil pada peringkat kalah mati pertandingan elit kelab Eropah itu buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun, Arsenal bergelut untuk memecah benteng Porto sebelum Galeno tampil dengan gol kemenangan yang memukau pada minit ke-94.

Kekalahan itu menamatkan rentetan lapan perlawanan tanpa kalah Arsenal menentang kelab Portugal dan mereka perlu bekerja lebih keras bagi menghadapi aksi kedua di London pada 12 Mac depan.

"Kami kurang mengancam. Kami kurang agresif terutamanya apabila kami memegang bola di pertiga terakhir," kata Artena kepada TNT Sports. "Jadi kami akan mengubah suai beberapa perkara untuk menyerang dengan lebih baik. Kami boleh bertindak lebih baik."

Kali terakhir Arsenal layak ke suku akhir Liga Juara-Juara adalah pada 2010, apabila mereka menundukkan Porto pada pusingan 16 terakhir, tetapi kelab Portugal itu kini mempunyai kelebihan.

Beberapa pemain Arsenal kelihatan kecewa selepas tumpas di tangan FC Porto pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Beberapa pemain Arsenal kelihatan kecewa selepas tumpas di tangan FC Porto pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadio do Dragao, Porto awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Saya fikir mereka satu pasukan yang bertahan secara tersusun dan mereka menjejaskan rentak anda sepanjang masa," kata Arteta.

"Kami mahu mara ke suku akhir, anda perlu mengalahkan lawan anda dan inilah yang akan kami lakukan di Emirates."

Arsenal gagal mencipta walau satu pun percubaan tepat ke sasaran ketika kejayaan mereka berpesta gol akhir-akhir ini terencat seketika.

"Apabila 0-0, anda melihat ke arah jam dan 93 minit sudah berlalu, jika anda tidak menang perlawanan ini maka jangan kalah pula," kata pemain tengah Arsenal, Declan Rice.

"Ia benar-benar satu tamparan hebat kerana kami dibolosi gol lewat tetapi anda tahu apa yang perlu dilakukan. Kami tidak akan berputus asa." – AFP

Berita Harian X