Rabu, 21 Februari 2024 | 4:10pm
Junior Eldstal sedang menjalani latihan bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT). - Foto JOHOR Southern Tigers
Junior Eldstal sedang menjalani latihan bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT). - Foto JOHOR Southern Tigers

Eldstal kembali ke pangkuan JDT

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Junior Eldstal kembali ke pangkuan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menerusi gambar latihan yang dimuat naik JDT di laman Facebook rasmi kelab, hari ini menyaksikan kelibat Eldstal sedang berlatih bersama skuad Harimau Selatan.

Gambar berkenaan mencuri perhatian peminat JDT selepas pemain berusia berusia 32 tahun itu pada musim lalu menyertai kelab Indonesia, Dewa United.

Eldstal pernah memenangi banyak gelaran bersama JDT termasuk juara Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan juga Piala AFC pada 2015.

Kehadiran semula Eldstal bakal menyaksikan Harimau Selatan memiliki banyak pilihan di bahagian pertahanan.

Terdahulu, JDT mengumumkan ketibaan pemain naturalisasi negara, Romel Morales bagi menghadapi saingan musim 2024/25.

Berita Harian X