Ahad, 18 Februari 2024 | 9:58am
Pemain Chelsea, Cole Palmer (kiri) bersaing dengan pertahanan Manchester City, Nathan Ake pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Pemain Chelsea, Cole Palmer (kiri) bersaing dengan pertahanan Manchester City, Nathan Ake pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pochettino percaya Chelsea boleh jinak Liverpool

MANCHESTER, England: Mauricio Pochettino berkata Chelsea boleh menghadapi final Piala Liga hujung minggu depan dengan lebih keyakinan selepas menamatkan rentetan 11 kemenangan berturut-turut Manchester City ketika seri 1-1 di Etihad awal pagi tadi.

Raheem Sterling meletakkan pelawat di depan menentang bekas pasukannya ketika Chelsea menafikan ramalan untuk mencetus satu lagi episod sukar dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Gol penyamaan lewat perlawanan daripada Rodri melebarkan rekod tanpa kalah City di laman sendiri kepada 34 perlawanan sejak November 2022.

Namun anak buah Pep Guardiola ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Liverpool dan dua di belakang Arsenal di puncak carta liga.

Satu mata cukup buat Chelsea untuk kembali ke tangga ke-10 dan enam mata berbanding enam pasukan teratas ketika Pochettino mengharungi musim sulung yang sukar di Stamford Bridge.

Penyerang Chelsea, Christopher Nkunku (kanan) melakukan percubaan ketika menentang Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Penyerang Chelsea, Christopher Nkunku (kanan) melakukan percubaan ketika menentang Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Namun warga Argentina itu mengintai peluang untuk menjulang trofi sulungnya dalam kancah bola sepak Inggeris di Wembley hujung minggu depan berdepan Liverpool yang dilanda kecederaan.

"Kami perlu berasakan kemungkinan untuk menundukkan Liverpool ada," kata Pochettino, pasukannya dibelasah 4-1 oleh The Reds bulan lalu.

"Saya fikir kami akan berdepan pasukan kedua terbaik di dunia (selepas City). Saya fikir keyakinan adalah perkara yang penting dan kini kami perlu pulih dan bersedia untuk final.

"Hari ini satu perlawanan yang amat bagus untuk membuktikan kami sedang meningkat.

"Kami masih belum berada di tahap Manchester City, kami pasukan muda yang perlu mengharungi perlawanan sebegini untuk meningkat. – AFP

Berita Harian X