Khamis, 8 Februari 2024 | 11:16am
Lionel Messi (dua dari kiri) dan rakan sepasukan Inter Miami ketawa selepas pemain tengahnya, Robert Taylor gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi persahabatan menentang Vissel Kobe di Stadium Nasional Jepun, Tokyo. - Foto REUTERS

Pemain Inter Miami, Robert Taylor mengambil sepakan penalti ketika aksi persahabatan menentang Vissel Kobe di Stadium Nasional Jepun, Tokyo. - Foto REUTERS
Pemain Inter Miami, Robert Taylor mengambil sepakan penalti ketika aksi persahabatan menentang Vissel Kobe di Stadium Nasional Jepun, Tokyo. - Foto REUTERS

Peminat Miami berang sikap Messi

TOKYO: Peminat melabelkan Lionel Messi sebagai menjengkelkan dan mahu kontraknya ditamatkan selepas bintang Argentina itu mengetawakan rakan sepasukan kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Inter Miami menentang kelab Jepun, Vissel Kobe dalam aksi persahabatan pra-musim di Stadium Nasional Jepun.

Pertembungan itu menyaksikan Messi bergandingan dengan Sergio Busquets dan Luis Suarez namun bekas trio Barcelona itu gagal menemui sasaran dalam keputusan 0-0 berkenaan.

Penentuan sepakan penalti menyusul dengan Vissel Kobe terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan, diikuti Robert Taylor yang menyaksikan sepakannya melepasi palang.

Penalti ala David Beckham itu menyebabkan Messi dan rakan sepasukannya, Jordi Alba dan DeAndre Yedlin ketawa.

Vissel Kobe kemudian memenangi penentuan penalti 4-3 dan tindakan Messi itu mencetus kemarahan peminat Inter Miami.

"Kontraknya patut ditamatkan segera. Mengarut," kata salah seorang peminat.

"Lelaki yang menjengkelkan, bagaimana dia boleh ketawa?" kata seorang lagi. - AGENSI

Berita Harian X