Rabu, 7 Februari 2024 | 9:20am
Penyerang The Saints, Sekou Mara meledak dua gol pada pusingan keempat Piala FA menentang Watford di St Mary’s, Southampton. - Foto AGENSI
Penyerang The Saints, Sekou Mara meledak dua gol pada pusingan keempat Piala FA menentang Watford di St Mary’s, Southampton. - Foto AGENSI
Callum O’Hare menjaringkan dua gol ketika membantu Coventry menewaskan Sheffield Wednesday pada pusingan keempat Piala FA di Coventry Building Society Arena, Coventry. - Foto AGENSI
Callum O’Hare menjaringkan dua gol ketika membantu Coventry menewaskan Sheffield Wednesday pada pusingan keempat Piala FA di Coventry Building Society Arena, Coventry. - Foto AGENSI

Southampton, Coventry, Leeds ke pusingan kelima Piala FA

LONDON: Southampton mara ke pusingan kelima Piala FA bertemu Liverpool selepas merakam kemenangan 3-0 ke atas Watford, manakala Coventry menewaskan Sheffield Wednesday 4-1 untuk bertemu Maidstone.

Penyerang The Saints, Sekou Mara meledak dua kali pada perlawanan ulangan pusingan keempat di St Mary's untuk bertemu pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool di Anfield.

Kelab Liga Kejuaraan itu, yang belum tewas dalam 24 perlawanan terakhir mereka, mendahului permainan apabila Che Adams membuat umpanan untuk Mara pada minit ke-52.

Mara menambah jaringan enam minit kemudian dengan jaringan kelima pemain muda Perancis itu dalam sembilan penampilan terakhirnya.

Adams melengkapkan kemenangan ke atas Watford dengan jaringan pada minit ke-76.

Coventry akan melayan kunjungan kelab National League South, Maidstone selepas dua gol Callum O'Hare's menyingkirkan Wednesday dalam aksi kedua itu.

Palmer membuka jaringan pada minit ketiga sebelum anak buah Mark Robins dibolosi jaringan penyamaan Bailey Cadamarteri tujuh minit kemudian.

Tiga gol dalam tempoh lapan minit di babak kedua, termasuk dua daripada O'Hare dan satu daripada Haji Wright, memastikan Coventry akan bertemu kelab ranking terendah dalam kejohanan kali ini.

Maidstone menjadi pasukan pertama dari luar kelompok lima liga teratas Inggeris, berjaya mara ke pusingan kelima Piala FA sejak Blyth Spartans melakukannya pada tahun 1978.

Leeds akan bertemu sama ada Aston Villa atau Chelsea dalam aksi 16 terakhir selepas kemenangan 4-1 ke atas Plymouth. - AFP

Berita Harian X