Jumaat, 2 Februari 2024 | 5:07pm
Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC, Shahrul Samsudin memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC. Foto NSTP/Izzali Ismail
Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC, Shahrul Samsudin memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC. Foto NSTP/Izzali Ismail

Shahrul 'ganti' Khamal

ALOE SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan, Shahrul Samsudin sebagai pemangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu.

Pengumuman berkenaan dibuat susulan peletakan jawatan Khamal Idris Ali sebagai CEO KDA FC, semalam selepas empat tahun meyandang jawatan berkenaan.

"Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman FC pada hari ini memutuskan bagi tujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab, Ketua Pegawai Operasi, Teknikal & Pertandingan KDA FC, Shahrul Samsudin diamanahkan untuk memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC.

"Beliau akan memangku jawatan ini sehingga satu tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu diumumkan," katanya.

Semalam, KDA FC mengumumkan peletakan jawatan oleh Khamal dengan alasan beliau mahu memberi tumpuan kepada perniagaannya selepas empat tahun menabur bakti bersama skuad Sang Kenari.

Berita Harian X