Jumaat, 26 Januari 2024 | 5:23am
Pemain Harimau Malaya, Romel Morales (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu skuad negara mengikat Korea Selatan 3-3 di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Pemain Harimau Malaya, Romel Morales (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu skuad negara mengikat Korea Selatan 3-3 di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Ini bagaikan mimpi - Morales

DOHA: Pemain naturalisasi negara, Romel Morales menganggap jaringan penyamaan yang diledaknya ketika membantu Harimau Malaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 di Stadium Al Janoub, malam tadi bagaikan mimpi.

Penyerang berusia 26 tahun itu meledak gol ketiga negara ketika masa kecederaan berbaki beberapa saat, sekali gus meraih satu mata yang bermakna buat skuad kendalian Kim Pan Gon.

Justeru, tonggak kelahiran Colombia itu berterima kasih kepada barisan kejurulatihan kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada dirinya untuk membuat penampilan buat kali pertama bersama Harimau Malaya di pentas Piala Asia.

"Ini bagaikan mimpi. Ia penampilan pertama saya bersama Malaysia dan bermain di Piala Asia, sesuatu yang istimewa. Sejak tiba di sini (Qatar) saya tahu kejohanan ini sangat sukar dan bukan mudah untuk berada di sini.

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon (tengah) bersama pemain meraikan kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir dalam Kumpulan E, Piala Asia 2023 Qatar di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Pemain Malaysia, Corbin Ong mengasak pemain Korea Selatan, Lee Kangin ketika aksi sempena Piala Asia 2023 Qatar di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Pemain Malaysia, Corbin Ong mengasak pemain Korea Selatan, Lee Kangin ketika aksi sempena Piala Asia 2023 Qatar di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

"Tambahan pula saya perlu sesuaikan diri dengan cepat dalam pasukan. Jadi saya hanya cuba memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui media selepas perlawanan.

Harimau Malaya mencalar reputasi besar Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E itu apabila berjaya meraih mata pertama dan meledak tiga gol selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1).

Selain itu, Morales menjelaskan bahawa jaringan yang diledaknya itu juga sebagai detik istimewa kerana dapat membuat rakyat Malaysia bangga selepas Harimau Malaya berdepan situasi sukar pada awal kejohanan.

"Saya sangat gembira kerana membuat seluruh negara bangga. Kami bekerja keras sejak kejohanan bermula dan kami juga bermula dengan sangat sukar.

"Namun, pada penghujungnya kami terus cuba berjuang dan sekarang kami mendapat keputusan yang bagus untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Pemain Malaysia, Stuart Wilkin (kanan) berebut bola dengan pemain Korea Selatan, Lee Jeasung ketika aksi terakhir dalam Kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Penyokong hadir menyaksikan perlawanan antara Malaysia bertemu Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Penyokong hadir menyaksikan perlawanan antara Malaysia bertemu Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Doha. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X