Khamis, 25 Januari 2024 | 12:04pm
Penyerang Al-Ittihad, Karim Benzema sedang berusaha mencari jalan keluar dari Liga Pro Saudi. - Foto AGENSI
Penyerang Al-Ittihad, Karim Benzema sedang berusaha mencari jalan keluar dari Liga Pro Saudi. - Foto AGENSI

Benzema terlalu mahal buat Man United

MANCHESTER: Manchester United tidak berminat mendapatkan sentuhan penyerang 36 tahun Perancis, Karim Benzema kerana terlalu mahal.

Benzema yang dibayar 86 juta pound (RM508.93 juta) setahun, dalam usaha dari Liga Pro Saudi selepas hanya enam bulan beraksi bersama Al-Ittihad.

Man United, yang hanya mempunyai seorang penyerang tulen - Rasmus Hojlund - tidak berminat untuk mendapatkan sentuhan bekas bintang Real Madrid itu.

Bagi mereka, jumlah yang perlu dibayar bagi membawa Benzema ke Old Trafford terlalu mahal.

United terpaksa berhati-hati dalam perbelanjaan mereka dan perlu memastikan bajet pasukan mematuhi garis panduan Fair Play Kewangan.

Benzema menyertai Al-Ittihad dari Real Madrid secara percuma pada musim panas lalu. Dia meledak 12 gol dalam 20 penampilan tetapi perpindahannya ke Timur Tengah tidak memberangsangkan apabila kelabnya kini berada di tangga ketujuh liga.

United hanya mempunyai Hojlund sebagai penyerang tulen selepas Anthony Martial bakal terlepas baki saingan musim ini akibat kecederaan. - AGENSI

Berita Harian X