Khamis, 25 Januari 2024 | 8:02am
Pemain Liverpool, Luis Diaz meraikan jaringan ketika aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Fulham di Craven Cottage, London. - Foto AFP
Pemain Liverpool, Luis Diaz meraikan jaringan ketika aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Fulham di Craven Cottage, London. - Foto AFP
Pemain Fulham, Issa Diop menjaringkan gol penyamaan ketika aksi separuh akhir kedua menentang Liverpool di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS
Pemain Fulham, Issa Diop menjaringkan gol penyamaan ketika aksi separuh akhir kedua menentang Liverpool di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS
Liverpool kendalian Jurgen Klopp berpeluang merangkul empat kejuaraan musim ini. - Foto REUTERS
Liverpool kendalian Jurgen Klopp berpeluang merangkul empat kejuaraan musim ini. - Foto REUTERS

Liverpool jumpa Chelsea di final Piala Liga

LONDON: Liverpool akan berdepan Chelsea pada aksi final Piala Liga selepas berjaya menyekat kebangkitan Fulham dalam aksi timbal balik di Craven Cottage.

Berbekalkan kelebihan 2-1 daripada perlawanan pertama di Anfield, Liverpool mendahului menerusi Luis Diaz tetapi Fulham bangkit dengan jaringan Issa Diop di akhir permainan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp diasak hebat tuan rumah sebelum meraih kemenangan 3-2 secara agregat.

"Ia bukan malam untuk menyinar dan bermain bola sepak dengan menarik, ia malam untuk layak ke final. Pemain-pemain melakukannya dengan sangat baik dan saya gembira.

"Pemain-pemain muda sangat menakjubkan. Saya gembira melihat reaksi mereka di dalam bilik persalinan," kata Klopp.

Ulangan kepada final 2022 yang dimenangi Liverpool menerusi sepakan penalti, The Reds akan tampil buat kali ke-14 dalam penentuan Piala Liga bertemu Chelsea di Wembley pada 25 Februari.

Liverpool mengumpul kejuaraan terbanyak dengan sembilan gelaran Piala Liga, manakala Chelsea, yang menewaskan Middlesbrough 6-2 secara agregat, menjulang trofi itu sebanyak lima kali, kali terakhir pada tahun 2015.

Dengan Mohamed Salah cedera hamstring ketika tugasan bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika, Liverpool akan kehilangan khidmat bintangnya itu untuk beberapa minggu.

Tanpa kelibat Salah, kemenangan ke atas Bournemouth pada Ahad melebarkan jurang Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris kepada lima mata.

The Reds juga masih dalam saingan Piala FA dan Liga Europa, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk merangkul empat kejuaraan musim ini. - AFP

Berita Harian X