Isnin, 22 Januari 2024 | 10:52pm
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Ronaldo Nazario.
Cristiano Ronaldo (kiri) dan Ronaldo Nazario.

Ronaldo tak anggap Cristiano pemain terhebat sepanjang zaman

LONDON: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo menamakan lapan pemain yang dianggap olehnya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo Nazario, 47, menikmati karier penuh gemilang sejak 1993 hingga 2011 dengan beraksi bersama pasukan seperti Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan selain meledak 62 gol dalam 98 perlawanan buat Brazil.

Bekas penyerang berbisa itu menjadi salah satu pemain ikonik dalam generasinya dan kini terbabit selaku pemilik Real Valladolid di Sepanyol dan Cruzeiro di tanah airnya.

Bercakap kepada The Guardian pada 2022, Ronaldo yang meledak 352 gol dalam 518 perlawanan dan memenangi dua Ballon d'Or - menyenaraikan lapan pemain terbaik sepanjang zaman namun meninggalkan satu nama besar dalam senarai itu.

"Saya rasa ada satu kelompok yang begitu istimewa. Di mana anda ada pemain seperti Diego, Messi, Cruyff, Beckenbauer, Pele, Van Basten, Ronaldinho.

"Saya letakkan diri saya dalam kelompok itu juga. Biarkan penyokong berkata dan berdebat mengenai perkara ini.

"Tetapi anda tidak boleh bandingkan mereka, tidak boleh bandingkan generasi dengan generasi."

Ini menyaksikan Ronaldo tidak memilih Cristiano Ronaldo meskipun ikon Portugal itu meledak 891 gol dan terus cemerlang pada usia 38 tahun.

-AGENSI

Berita Harian X