Selasa, 16 Januari 2024 | 1:39pm
Pemain Al-Ittihad, Karim Benzema dijangka mampu membantu jentera serangan Chelsea. - Foto AGENSI
Pemain Al-Ittihad, Karim Benzema dijangka mampu membantu jentera serangan Chelsea. - Foto AGENSI
Pemain Al-Ahli, Roberto Firmino berpeluang kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Chelsea secara pinjaman. - Foto AGENSI
Pemain Al-Ahli, Roberto Firmino berpeluang kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Chelsea secara pinjaman. - Foto AGENSI

Benzema, Firmino dalam radar Chelsea

LONDON: Chelsea dijangka akan cuba mendapatkan Karim Benzema dan Roberto Firmino bagi menambah ketajaman jentera serangan mereka dalam jendela perpindahan bulan ini.

Walaupun berbelanja melebihi 1 bilion pound (RM5.92 bilion) sejak Todd Boehly mengambil alih kelab dua tahun lalu, The Blues masih belum mempunyai peledak berbisa.

Nicolas Jackson menjaringkan lapan gol dalam 23 perlawanan sejak berpindah dari Villarreal pada musim panas lalu, manakala Christopher Nkunku meledak sekali dalam tiga aksi Liga Perdana Inggeris selepas lututnya cedera dan tidak dapat bermain selama tiga bulan.

Dalam kelompok 10 teratas liga, hanya Manchester United dan West Ham sahaja menjaringkan gol kurang daripada Chelsea - 35 gol dalam 21 perlawanan - dan pengendalinya, Mauricio Pochettino mahu masalah itu diselesaikan bulan ini.

Chelsea juga dikatakan berminat mendapatkan peledak prolifik Napoli, Victor Osimhen dengan penyerang Nigeria berusia 25 tahun itu juga berminat ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun Chelsea perlu mematuhi peraturan keuntungan dan kelestarian Liga Perdana Inggeris, yang hanya membolehkan mereka mendapatkan pemain menerusi pinjaman jangka pendek.

Firmino dan Benzema yang beraksi di Liga Pro Saudi bersama Al-Ahli dan Al-Ittihad dilihat sebagai calon sesuai untuk membantu Chelsea. - AGENSI

Berita Harian X