Selasa, 16 Januari 2024 | 1:06am
Senarai barisan kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Jordan.
Senarai barisan kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Jordan.

Morales buat penampilan sulung berdepan Jordan

DOHA: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon meletakkan empat pemain di bahagian serangan dalam usaha untuk merobek gawang Jordan bagi aksi Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub.

Apa yang menariknya, pemain naturalisasi terbaharu negara, Romel Morales akan membuat penampilan sulung bersama Harimau Malaya dan bergandingan dengan Darren Lok, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Bahagian tengah atau 'enjin' Harimau Malaya pula menyaksikan pengendali dari Korea Selatan itu mempertaruhkan Afiq Fazail dan Stuart Wilkin.

Pertahanan kiri, La'vere Corbin Ong yang baru pulih dari masalah kecederaan turut berada dalam skuad dengan dia akan menjadi benteng skuad negara bersama kapten, Matthew Davies, Dion Cools dan Junior Eldstal.

Sementara itu, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi Mohamen memikul tugas selaku benteng terakhir Harimau Malaya.

Berita Harian X